04 August, 2009

Mangsa dirogol bapa cuba bunuh diri

KUANTAN 3 Ogos - Seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa pemuas nafsu seks bapa kandungnya sejak Disember lalu sehingga mengandung tujuh bulan, bertindak nekad untuk membunuh diri dengan terjun ke laut di Taman Balok Makmur di sini, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, tindakan mangsa yang berusia 14 tahun itu gagal kerana berjaya diselamatkan penduduk kampung yang menyaksikan kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 10 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Mohd Yusoff, mangsa yang tidak pernah bersekolah membongkar rahsia bahawa dia telah dirogol oleh bapanya yang berusia 38 tahun sejak tinggal bersama dua tahun lalu.

"Mangsa tinggal bersama bapanya sejak lelaki itu bercerai dengan ibunya dan masing-masing berkahwin lain.

"Bagaimanapun, isteri kedua bapanya juga telah melarikan diri sejak Oktober tahun lalu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini.

Berikutan tindakan tidak berperikemanusiaan itu, kata Mohd. Jasmani, penduduk kampung menahan bapanya yang bekerja sebagai tukang paip dan menyerahkannya kepada polis pukul 5 petang semalam.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," jelasnya.

Sementara itu, tambahnya, mangsa diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini kerana mengalami tekanan perasaan.

"Mangsa disahkan mengalami tekanan perasaan kerana dipercayai dirogol bapanya berkali-kali sejak tahun lalu sehingga 15 Julai lalu.

.............................................................................................................................

Sedih.. kecewa.. Marah! marah! marah!.. itu yang aku rase bila baca berita ni. Kalaula membunuh si bapa jahanam ni dikira tidak bersalah..tak berdosa..Aku orang pertama yang menawarkan diri! Kurang ajar punya bapak! tak guna~ makan anak sendiri.. (T_T) Hukuman Allah memang pasti,,hukuman bunuh sampai mampus je selayaknya kat dunia ni.. sebelum bunuh..kelar 'that part' cam kelar ikan pastu perah air limau!

m.a.d

Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang