14 August, 2009

Teruja


First
,

Teruja menulis entri walaupun malas tahap Garfield. Gara-gara hot mummy Deep Danish yang request. Sungguh menerujakan bila ai tau mummy Deep follow my bloggie lapuk ni. Maceh lalink!

Juga sungguh menerujakan bila malam malam sunyi ditemani cecehan rakan sembang maya. Cewwah! =D

Second,

Early in this morning, i've been observed by my lecturer. Buat kali pertama dia menonton aku ber-hurray hurrah ngan kanak2 cilik Year 3 in Science class. All these while dia cuma nonton Year 4 je. Aku strict sikit ngan Year 4, perangai ngalahkan yakjud makjuj. Kalau Year 3 tu dengan aku pun jadik budak-budak skali.

Dulu, mase intebiu KPLI panel tanya kenapa nak jadi cikgu. Aku jawab 'Jujur saye tak minat incik, tapi mak ayah saya memang berhasrat yang amat'. Jawapan jujur tu la yang mencampak aku ke lembah Kuching ni.. *Adoi*.. Skarang baru aku tau, panel memang muak dengan jawapan stereotype 'Saya memang nak jadi cikgu dari kicik kicikkkk lagi'..

Tapi sape tahu skarang ni aku mula jatuh chenta jadi cikgu. Lagi-lagi kalau ajar Level 1 (Y1-3). Innocent!. Pernah aku tanya kenapa homework tak siap. Jawabnye, papa ngan mama gaduh malam tadi. Saya takut tanya mama. Alaaahai, ai terus tak jadi marah yu!

Zu, stop menceceh! Owrait berbalik kepada tajuk teruja kedua,

Nama aku tercalon hari ni sebagai calon guru pelatih cemerlang. Gilak! Ini gara-gara hurray hurrah pagi tadi. Lecturer aku pun teruja sebab dia kata aku look so cheerful, totally different character compared to Nurzuraida yang mengajar Yakjuj Makjuj(Year 4). Whoat?!.. Teruja dan panic. (Tapi sir, saya nak mengaku saye pernah tak buat lesson plan 4 kali AND kalau cikgu bagitau nak observe, barulah saya berusaha) Kih kih! =D Mulai hari ini, bila bila mase je aku akan mendapat kezutan selamat datang dari Head of Department Science. Owh ibu, ini mungkin berkat doa ibu. Sekeras keras hati aku tak nak jadi guru, akhirnya tak sangka ke tahap ini.

Ismellme: Doa ibu bapa membawa bahagia.
Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang