19 May, 2010

cikgu.. oh cikgu..


Dulu kau orang tadika mana ye? Aku umur 3 tahun sudah mula ke tadika. Sudahnya merata tadika aku pergi.Cikgu Lina oh Cikgu Lina.. Cikgu ni la yang jentik telinga aku masa Tadika Kemas kat Kolam Air. Pastu dia suruh aku berdiri lama hafalkan numbor menurun 10 hingga 1. Oh,aku ingat itu! Hai cikgu, kalau bace ini terima kasih ajar saya satu sampai sepuluh. Nombor sepuluh turun ke satu tu saya belajar sendiri ye.. :p *tipu*

Umur 6 tahun saje pindah Tadika Perpaduan Taman Desa. Siapa ek nama cikgu ni. Dia tak garang jadi saye tak takut. maka namanya tak ingat. Hah, boleh gitu?! Cikgu ni tiap-tiap hari bawak aku naik bas tambang dan tolong tekan loceng 'Teeetttt!.. Aku pun turun tekedek-kedek jalan dari Esso Taman Berlian tu masuk ke rumah Jalan Berlian 6. *nape mak bapak aku tak takut aku kena culik ek? T_T* Salam cikgu, kalau bace ini.. terima kasih ajar saya ABC, naik bas dan berdikari..

Naik sekolah rendah, Cikgu Fadilah yang ajar camne nak cuci pad.. Ape nak buat kalau datang haid.. jangan bagi lelaki sentuh kita.. jangan itu jangan ini... Salam cikgu..kalau cikgu baca ini, terima kasih.. Coz u're so motherly.. Almaklumlah sekolah ai takde lelaki.. So very the open dalam hal-hal gini...Kau orang mesti beruntung sebab mak yang ajar benda private macam ni.. kan?

Cikgu paling garang Cikgu Raja Rohani Raja Haron. Kau kenal cikgu ni? Kalau tak kenal, ini la dia cikgu yang pantang aku tulis 9 fency cengginih. Tulis 9 tegak-tegak ye! Kau tak siap kerja? Nah amek buku kau dua kepak percuma! Kau malas garis jawapan matematik? Meh satu french kiss cap gimme5 baik punye melekat kat pipi...Hai cikgu, kalau cikgu baca ini.. terima kasih sebab buat saya suka and bijak matematik.. Kerana cikgu ni lah aku menang kuiz Sains & Matematik sampai ke peringkat kebangsaan. Walaupun muka aku cuma kuar Utusan Melayu yang jawi tu, aku tetap nak kembang-kembang idung kat adik beradik ngan sedara mara. Sengal.

Naik saja sekolah menengah, ada satu Cikgu telah membunuh minat Matematik aku. Cikgu Zakimah tagline dia 'tiptop!'.. Dia selalu kata 'saya terpaksa ajar Add Math sebab kurang guru. Saya opsyen Fizik'.. Ajar punya ajar punya ajar.. satu pun tak faham. Mungkin sebab cikgu tak ikhlas? Apa pun cikgu terima kasih buat monthly test saya semua GAGAL.

Tiba-tiba rasa macam pening nak sebut nama semua cikgu. Yang tak sebut bukan kita tak sayang.. Selamat Hari Cikgu Guru kepada..
Ayah ... Ibu..
Guru - guru
Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar
Sekolah Tinggi Kluang
Sekolah Memandu Niyor
Kolej Matrikulasi Melaka
Universiti Malaya
&
rakan-rakan seperjuangan IPGM Batu Lintang dan SK Bukit Tongkat

ismellme: Besarkan tanggungjawab dan pengaruh guru? Sebab tu sampai sakit aku menanggung bebannya. Harap jadi kerjaya hingga akhir hayat.
Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang