07 April, 2011

Cantik & Sihat

Setiap bulan beli majalah RAPI, tapi selalunya sempat tengok cover je.
Tak menyempat baca. Tapi topik minggu ni memang buat I baca sepuloh kali u’ols! =)

SAUNA FIR: ALTERNATIF TERBAIK KEKAL CANTIK & SIHAT.
Kelebihan rawatan SINAR INFRA MERAH JAUH (Far Infra Red Rays)

1. MEMPERBAIKI PERJALANAN DARAH
  • Sinaran ini meningkatkan suhu utama tubuh, anda boleh memperbaiki perjalanan darah.
  • Sinaran bertindak mengembalikan suhu normal tubuh. Ia terjadi apabila saluran pembuluh darah membesar dan pada proses ini, nutrient dipindahkan ke kulit dan toksin keluar melalui peluh.
  • Paling menarik, kesihatan dan kecantikan kulit meningkat. Untuk mengekalkan kecantikan, kulit yang paling sihat adalah penting.
  • Dalam keadaan yang normal, kulit akan menerima 5% - 10% peredaran darah setiap kali haba panas itu mengenai tubuh. (Hebat!)

2. DETOKSIFIKASI 
  • Peluh adalah mekanisma semulajadi untuk membuang toksin. Maka peluh yang keluar semasa rawatan ini juga adalah salah satu cara untuk menyingkirkan unsure yang tidak baik dalam tubuh. Toksin biasanya berkumpul dalam badan untuk tempoh yang lama. Jika tiada detoksifikasi, kulit akan berubah warna dan memberikan penampilan yang tidak cantik. (Patutlah Kak Im cakap muka i nampak lebih energetic)

3. MENINGKATKAN FUNGSI RELAKSASI DAN PEMULIHAN SEL
  • Sinaran ini mengaktifkan lengan ‘parasympathetic’ dari system saraf autonomi yang mana ia berfungsi untuk relaksasi, penyembuhan, pemulihan dan keremajaan.
  • Selain merawat masalah kulit, ia memastikan kulit sentiasa anjal dan kolagen kulit tidak hilang.

4. SEBAGAI AGEN ANTI PENUAAN
  • Berdasarkan gaya hidup yang penuh tekanan, kita cenderung untuk tampak tua sebelum waktunya. Hormon DHEA yang bertindak untuk melawan kesan penuaan juga semakin berkurangan akibat tekanan ini.
  • Apabila anda mencuba sinar infra merah jauh, tubuh anda dapat berehat dan ia akan menghasilkan hormon DHEA dengan cara mengaktifkan lengan ‘parasympathetic’ dan juga sistem saraf autonomi.
  • Peningkatan hormon DHEA ini mengurangkan kesan penuaan dan juga cela. Kulit lebih cantik dan berseri.
  • Kulit, kuku dan rambut akan menjadi lebih cantik dan sihat. 
 
5. MEREDAKAN KEJANG OTOT DAN RASA SAKIT 
  • Masalah kejang otot yang sudah lama boleh dikurangkan jika anda mencuba rawatan ini secara konsisten.
  • Haba panas boleh meningkatkan penghasilan endorphin dan menutupi ‘pintu tulang belakang’ yang mana setiap satunya mampu mengurangkan rasa sakit.(Sangat-sangat setuju)

.......................... (^_^)............................
Hebatkan fungsi FAR INFRA RED RAYS?
Berapa agaknya kos SAUNA SINAR INFRA MERAH ni ya?
Sekali buat je cukup ke cik2 dan puan2?
 
I'm lucky to have you, PREMIUM BEAUTIFUL!  
 
 Kita ada pilihan yang lebih baik, hari-hari boleh pakai punya!
Hari-hari dapat kebaikan FIR! Bestt!
Cuba u'ols baca kebaikan FIR atas ni..
PB jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos SATU SESI Sauna FIR. 
You choose my dear ;)

Credit to RAPI.1 April 2011. m/s 26.
Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang