28 November, 2011

Ditelan mati emak, diluah mati bapak

Kalau dulu umur 6 tahun tadika saya sudah naik bas tambang bayar 60sen ke tadika. Nak turun bas, panjat kerusi untuk tekan loceng. Kenapa ayah tak hantar saya pergi sekolah macam ayah orang lain?

Kalau dulu umur 6 tahun balik sekolah tadika, turun bas di depan taman.. jalan kaki 30minit untuk sampai ke rumah. Ibu ayah tak pernah risau saya kena culik?

Kalau dulu saya setiap tahun dapat no. 1, ayah ibu kenapa tak pernah ucap tahniah, peluk dan cium saya macam ibu ayah orang lain?

Kalau dulu saya buat salah, ayah pukul.. Kenapa ayah tak pernah minta maaf dan peluk saya?

Kalau dulu saya sakit ketika masih sekolah, saya pergi sendiri ke hospital jumpa doktor pakar. Kenapa ibu ayah tak pernah teman dan risaukan saya?

Kalau dulu waktu sekolah saya tak balik sampai malam, tidur rumah wie. Kenapa ibu ayah tak pernah risau? Call pun tidak.

Kalau dulu kat universiti saya tak cukup duit, kerja part-time di Jusco balik jam 12 malam. Kenapa ibu tak pernah risau?

Kalau dulu saya putus tunang, saya merana sendiri saya menangis sendiri. Kenapa ibu tak pernah peluk saya?

(T_T)
Mungkin ibu ayah sayang.. tapi tak pandai tunjuk kasih sayang. Mungkin ibu ayah ambil berat, tapi terlalu sibuk cari rezeki. Nasib baik saya keras hati, takpe.. saya boleh buat sendiri. Saya pergi tuition sendiri, hujung bulan mintak duit ayah bagi, Saya pergi hospital sendiri waktu sekolah, ibu tak pernah tanya saya sakit apa. Apa doktor kata tak pernah ibu ayah tanya? Ibu tak sayang ke? Takpe.. saya sedapkan hati.. ibu ayah kan sibuk cari rezeki.

Tapi itu saya, jiwa kental hati tebal. Dapat adik lelaki yang memberontak kurang kasih sayang. Pilih salah kawan untuk tunjuk protes. Ini memang buat saya fikir banyak kali apa nak buat untuk betulkan family. Ibu ayah tak sedar semua ni.. They might think that they have done their best. Tapi jangan sebab yang setitik ini kita lupa kebaikan mereka yang sebelanga.

Anak-anak kan cermin didikan ibu bapa. Mungkin macam mana atuk nenek didik dia masa kecil.. macam tu juga di didik anaknya.. 
I hope..i wish.. i pray.. that i can change this..
I wanna be the best and do my best for my child in the future..
 Macam mana nak dipanggil keluarga bahagia kalau hati kita tak diikat bersama. Kepada anak-anak dan ibu bapa masih belum terlewat kalau sepanjang 30 tahun tak pernah memeluk anak, tak pernah ucap ibu sayang adik, tak pernah meminta maaf jika tersilap, tak pernah ucap terima kasih bila dibantu, tak pernah puji jika berjaya.. masih belum terlewat.. Buang ego jauh-jauh. Latih cium tangan dan peluk dengan penuh kasih sayang. Takkan tergamak anak nak menderhaka kelak.

Walau apa pun bersyukur sebab kita masih punya ibu yang melahirkan dan ayah membesarkan kita. Yang baik kita teladani, yang tak elok kita jauhi. Pucuk pangkalnya hati kita.

Don't worry that children never listen to you; 
worry that they are always watching you

Children begin by loving their parents; as they grow older they judge them; 
always they forgive them  
Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang