16 November, 2011

Bantuan RM 100 untuk pelajar sekolah

Topik hangat dan kesukaan ibubapa minggu ni. Kan?

Sebagai guru saya amat memahami ibu bapa sangat tekun berpenat lelah mencari rezeki untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah. Tapi untuk upgrade hidup, usaha dan pendidikan perlu seiring. Anak-anak kan masa depan kita. Ecceh, macam pakar motivasi pulak. Kalau ibubapa ambil berat, anak bijak masa depan insyaallah cerah! Ini tidak, ibubapa tak ambil kisah, anak lagila belajar main-main, sampai bila-bila hidup dan kerja biasa-biasa tu akan jadi tradisi keluarga. MELAINKAN, anak-anak itu sedar akan tanggungjawab diri dan ingin ubah hidup diri dan keluarga.

Bukan apa, ada sesetengah ibu bapa yang kurang ambil perhatian hal pendidikan anak-anak. Serahkan semuanya kepada guru 100%. Tiba mesyuarat PIBG, busyy.. Tiba hari terbuka amek rekod pelajaran anak, dia paling lewat. Mungkin kurang kesedaran disitu. Anak sakit dihantarnya ke sekolah jugak. Bila anak terbaring kat bilik sakit, kita tanya -mak tau tak awak demam. - tau cikgu - dah tu, kenapa dtg sekolah jugak. -sebab kat rumah takde orang jaga. OK, U'OLS PIKIR LA SENDIRI! Bikin hati panas je nak komen lebih-lebih.

Tapi..

Minggu ni anda bakal menyaksikan ibuibubapakbapak laju-laju datang sekolah sebab bantuan RM100 untuk pelajar sekolah. Alhamdulillah...harapnya lain kali teruskan usaha murni anda begini ya! Kalaulah saya buat undian apa anda akan buat dengan duit itu :
A) masuk akaun anak
B) guna untuk sesi persekolahan 2012
C) belanja rumah, bayar hutang
D) cuti sekolah ni nak jalan banyak pakai duit

Agak-agak la, undian mana paling tinggi? ;)

Jangan jadi macam ni ye..

Dulu masa nak pindah diam-diam macamla tak ada prosedur. Sehari sebelum pindah baru saya dimaklumkan. Pindah rumah pun kena angkut barang taww! Ingat senang ke pindah sekolah. Puas saya cari nombor ayah nya, call suruh datang uruskan surat pindah, fail murid sehari sebelum pindah. Dia boleh jawab 'sekarang tgh kerja ni. Tengoklah nanti'.. Time duit tak boleh dapat, kau cari aku time maghrib call mintak tolong. Pandai pulak cari nombor aku.. *ok,cikzu dah marahh..* Sabar je lahh...


Haih,, ini lah dunia. Eh salah, inilah Malaysia. Eh salah lagi, ini lah realiti.. Sigh~

Apa pun, saya salute pada ibubapa yang ambil berat hal pendidikan anak-anak. Biar hidup miskin atau sederhana, ilmu dan anak-anak permata hidup. Ikhlas dari hati seorang guru besar kecik. ;)

Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang