20 December, 2011

Langkawi Gateaway Part 1

Dulu, first time pi Langkawi express visit sebab jumpa client. Flight jam 2ptg balik kul 10 malam. Tak sempat berjalan pun. Boleh baca entri ni.

Lastweek, pi Langkawi betul-betul bercuti. From Shah Alam to Kuala kedah, we took about 5 hours. Kitorang bertolak jam 4 pagi. Biasalah nama pun family gathering, bila berkonvoi 4 family banyak pitstop nya. Kereta alhamdulillah dapat park kat sekolah depan jeti Kuala Kedah. Kaya sekolah tu musim cuti ni PIBG buat job mcm ni. Baguih!
Kat parking sekolah Kuala Kedah depan jeti tu. Syabass PIBG!
Ok pastu tunggu feri ke Pulau Langkawi sejam jugak. 
My nephew Aiman Rayyan Gigs dan Abg long
 Semua dah kefenatan, dalam feri zzZzzz.. 
Ahaha,, penat benor makwe!
Benci tul jadi photographer, gambar sendiri takde.. T_T. Sampai Langkawi lunch then cek in homestay Cikgu Johari, near to Four Seasons Sheraton Langkawi. Just 5 minutes away from airport.
Dinner malam pertama diserikan dengan dengan acara karok! Haha.. walaupun suara sumbang mambang, semua enjoyyy!
Budak tecik ni setiap kali orang nyanyi dia jadik back up dancer. Tak malu langsung naik stage dah le ramai customer kat situ. Haha.. Wonder gak orang tepuk tangan kat penyanyi atau si tecik ni. LOL!
Breakfast @ Padang Matsirat, Langkawi.
Menu pagi tu roti canai saje. Pastu semua orang sibok shopping. Adehh, Langkawi ni panas betul. Beli je la topi gedik ni since yang ada tertinggal kat homestay. Pesanan penaja : Sila bawak sunglass with uv protection, sun-block, kipas, topi pantai ni. Kalau tak, rentungs korang.
@Padang Matsirat, Langkawi
Lokasi Beras Terbakar, Langkawi
Sepatutnya pagi tu we'ols ke Gunung Mat Cincang untuk naik cable car. Unfortunately, operation hours start at 12pm. Huh, sabar je lah.. On the way there, singgah PETRONAS Quay. Ya Allah, cantiknyaaaaa..
Younger sis, Fara.
Kak long, Aiman Rayyan, Abg Long
Ecceh! :p 
Lokasi seterusnyaaaa...
Cable Car @ Gunung Mat Cincang!
Hamek kau, naik cabel car tengahhari buta.. Fanassss dah le beratur hampir 2 jam. Nak masuk exppress lane kena bayar additional RM50/person. Nak mamfus, dah le kitorang ada 20 orang! Kesimpulannya beratur je la.. So, lain kali u'ols kalau nak mai sini cek dulu kalau Rabu start at 12pm ye. Hari lain tak tau. Sila cek sebelom pergi. Huhu..Siapa bawak makanan/minuman, sila minum dan buang sebab nak cek in nanti kena buang pun.
Beratur 2 jam sampai becak ketiaks. LOL!
Cafe around the cable car location. Kalau lapar boleh ngapps kat sini.
Wokeh, mak memang jakuns nyah! First time naik cabel car.
Top of the mountain! We are now at 700m from sea level! Gayat giler..Tapi best sebab ada cafe kat sini. Burger RM4.50. Air mineral RM3. Quite expensive, yela nak bawak naik ke cafe by cable car lagi.
 For those yang dah kenal Nur Zuraida Buang ni.. memang le tau i minah gayat! Dulu BIG kat Sarawak kena abseiling, ini la budak yang terakhir melalak-lalak takmo turun. Naik escalator/ elevator clear glass sure gayat tak hengat. Ini lagi naik cable car gunung tinggi gilak. Macam-macam surah, zikir, doa ku bace! Siap mengucap sebelom naik. Ekekeke.
Test skill amek panorama shot.
My nephew. Ni kalau kasi dia jalan sendiri confirm jatuh gaung.. Wuuu, ngeri!
Balik dari Gunung Mat Cincang kitorang makan-makan sebelom shopping kat Langkawi Saga dan Hj Ismail Group. Masa ni ibuk-ibuk kemaruk beli pinggan mangkuk. Aku takkan beli cekelat jek kot. Haha.. Setelah di persuade oleh ibu supaya beli stok untuk rumah sendiri, mak pun beli u'ols. 

Rembat Tefal non-stick cookware. Erk, aku pun tak tau kenapa beli nih. Haha..
Dengan vision set, haha,,, Macam makcik-makcik sudeh. Haha.. ini je kot yang terpikir. Ibu pun suh beli macam nak halau kuar rumah jek. Huhu.. Takde rumah sendiri lagi pun.. 
Yang lain-lain macam biasa la coklat.. coklat coklat..
Sebab suka sangat Daim, beli banyak3.. Ekceli ada macam-macam lagi coklat, tapi dah abes ngaps dan bagi orang! >.<

Ok, Sekian cerita hari pertama. Tunggu part 2 yek.
Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang