30 January, 2012

Motivasi #9 : Bila Emosi Menguasai

Actually, ramai yang terfikir bahawa semua yang berlaku dalam minda adalah sesuatu yang tak dapat dikawal atau susah untuk dikawal.

Sebenarnya..
Sedar atau tak, ramai yang  membiarkan emosi menguasai diri. Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan situasi meruncing. Tindakan diambil? Marah, naik angin, kecewa, tersentuh hati, jauh hati, patah hati dan bengkok hati (Boleh gituu?). Paling teruk, bila diri mula menyalahkan takdir dan menunding jari kepada orang lain bila dilanda masalah. Kemudian meraung bagai mati laki. Atau dengan tak disengajakan tindakan menyakitkan hati orang lain. Bila dah normal, pura-pura tak sedar. Itu biasa.
I have been there and done that. Tapi pengalaman banyak mengajar untuk berubah..berubah..dan berubah..menjadi lebih baik. Bila terima teguran, musibah atau masalah.. bertenang dan muhasabah diri. Semua orang boleh untuk mengawal emosi hanya mampu atau tidak. Macam mana nak kawal emosi?

Bertenang..
Think positive..
Kawal Tindakan..

 Nak jadi seorang yang tenang bukan sehari dua. Latih diri untuk jadi seorang yang tenang setiap masa melalui meditasi. Zikir antara pilihan yang terbaik. Fikir-fikirkan bila emosi menguasai diri, sendiri yang rugi! Belajar kuasai emosi. Bak kata Dato' Dr Fadilah Kamsah:

insan yang cemerlang datang daripada 
akal, hati yang tenang dan jiwa yang mantap!!
Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang