28 February, 2012

Cerita Hantu

Ala.... nak letak gambar tapi nanti diri sendiri takut.
Huhuhu..Tajuk pun cerita hantu kannn..
Karut ke?  Kita mesti percaya wujudnya makhluk selain manusia ni kan.

Al-kisah,
Sabtu lepas, zu tengah coaching budak olahraga kat padang. Tapi ada sorang lagi cikgu sekolah ni buat overtime sorang-sorang kat pejabat. Al-kisah, surat yang nak di print tu tak boleh print sampai ke sudah.. 3 komputer dah dicubanya. Lastly sebelum berputus asa, dia cucuk pendrive kat satu komputer ni. Bila tengah tunduk tu, ternampak tulisan keluar kat screen. Sekali angkat je ada waving text "DISINI ADA HANTU". 3 kali text tu wave kat screen.

Gila kau! Kalau zu mau pengsan. Akak tu terus cabuttttttttt, tutup pejabat dan jumpa zu kat padang.

Awal pagi isnin naik sekolah, kami serang tuan punya komputer tu "Awat tulis macam tu jadi screensaver? Saja takutkan orang". Tau apa tuan komputer jawab? "Nak on screensaver pun tak reti". Amekkaw! Zu tak pueh hati terus godeh kat properties desktop dia. 

Gulppp, mmg turn off! 

Tak pueh hati lagi. Zu on text screensaver, click edit text. Appear kat situ "Microsoft Windows". Gulppppp lagi. Sudahnya kami terus terdiam, dengan guru besar pun terdiam!

Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....

*Terus tak berani sorang-sorang kat bilik guru pasni. Walaupun selama ni selalu dengar bunyi kerusi ditarik, anggap cicak jek. Now, nehiiiiii! Aku sanggup tunggu kat padang okeh!*


Tetiba imajin, nasib baik hantu tu pandai kuarkan text je. Ce bayangkan dia keluarkan muka dia kat screen tu. Adoyai, nauzubillah! 
Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang