19 June, 2013

Manzil dan kelebihannya.

Semalam zu dah janji nak kongsikan dengan semua tentang ayat-ayat dan kebaikan ManzilMost of us tahu surah Yassin, Al-Maathurat kan? Surprisingly ramai yang kurang tahu apa tu ayat MANZIL.

Manzil adalah himpunan 33 ayat-ayat dari Al-Quran yang mana di amalkan untuk memberi perlindungan dari gangguan jin, syaitan dan sihir. Ini dibuktikan daripada banyak pengalaman. Amalan ini disebut dalam kitab-kitab Al-Qaulul Jamil dan Behisti Zewar.

Al-Muhaddithin Syah Waliulllah Rah menulis dalam kitabnya Al-Qaulul Jamil, 
"Tiga puluh tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari bahaya sihir. Di samping itu, pembaca akan mendapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain".

Antara kelebihan Manzil :

1. Mengelakkan dan menyembuhkan penyakit akibat sihir, gangguan jin dan syaitan.
2. Melindungi pengamal dan kaum kerabatnya daripada bahaya makhluk halus, penjahat dan binatang buas.
3. Rumah dan harta benda pengamal dilindungi.

Satu perkara paling penting dalam mengamalkan ayat-ayat Manzil, anda haruslah membaca dengan penuh tawajjuh (menumpukan perhatian kepada Allah). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan kepada Allah, sejauh itulah amalan ini memberi manfaat.

PENGALAMAN

Zu sendiri nk kongsi pengalaman. Memang beberapa tahun lepas punya cerita, pernah ada makhluk Allah yang 'menumpang'. Walluhualam. But i've been warded for almost 1 week for no reason. Badan keluar bintik2 macam campak, but all blood tests for disease are negative. Doktor cakap tak ada sakit apa demam biasa, tapi kepala menggelegak panas tuhan je yang tau. Bahu sakit macam nak patah. Asal magrib je 40-42'celcius. So cuba berubat perubatan islam.

Then hamba Allah ni pesan, "Saya hanya membantu. Yang menyembuhkan ialah Allah, kalau kita yakin dan mohon dengan Allah pun boleh sembuh. Amalkan MANZIL. Solat jangan tinggal. Kalau putus solat, baca lagi semula. Yang penting tajwid betul dan tawajjuh bukan hanya sekadar membaca, niat, yakin dan ikhlas hanya kerana Allah"

Alhamdulillah lepas amalkan manzil, slowly zu rasa aman damai jiwa. Bahu yang berat macam pikul batu dah lega, kepala yang panas menggelegak makin reda. Tapi amalan wajib memang JANGAN TINGGAL. Banyakkan baca al-quran, SOLAT jangan tinggal. InsyaAllah.

Manzil ni oleh cari dikedai-kedai kitab. Zu sendiri sangat suka himpunan manzil terbitan PTS (dah pernah beli macam-macam manzil tapi yang ini terbaik). Maybe sebab susunan ayat teratur dengan terjemahan disebelah ayat nya.


Jika sahabat-sahabat berminat percetakan PTS ini boleh beli dari syarikat mereka.

Klik link di bawah ini.

Semoga bermanfaat buat semua ya. InsyaAllah.

Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang