10 September, 2016

Resepi Min Kaffe Custard Pudding Agar-Agar

RESEPI MIN KAFFE CUSTARD PUDDING AGAR-AGAR


Bahan untuk puding agar-agar : 
  • Agar-agar, 35 g 
  • Gula kastor, 480 gm
  • Mentega, 187.5 gm -dicairkan
  • Telur kuning, 5 biji
  • Susu cair, 1 tin 
  • Air, 1.25 liter - Untuk merebus agar-agar 
  • Serbuk kastard, 3 sudu besar (dicampur bersama air) 
  • Air ,3 sudu besar 
  • Esen vanilla, 1 sudu kecil 
  • Hai-O Min Kaffe 2 paket

Bahan untuk sos kastard :
  • Krim, 200 ml
  • Gula, 1 sudu besar
  • Serbuk kastard, 2 sudu kecil (dicampur bersama air)
  • Air, 2 sudu kecil

Untuk menyediakan puding agar-agar :

  • Campurkan kuning telur, esen vanilla dan mentega cair di dalam mangkuk. Ketepikan. 
  • Masukkan air ke dalam periuk, diikuti dengan agar-agar dan gula. Masak sehingga semua larut. 
  • Masukkan 2 paket Min Kaffe dan kacau hingga larut. 
  • Tuangkan campuran telur tadi bersama campuran kastard. Kacau perlahan menggunakan api yang sederhana. Teruskan mengacau sehingga menjadi pekat. 
  • Setelah itu tuangkan campuran tadi ke dalam bekas jelly atau bekas kaca
  • Sejukkan paling kurang 4 jam atau semalaman.

Untuk menyediakan sos kastard :
  • Panaskan krim di dalam periuk dan masukkan gula. 
  • Masak hingga semua bahan larut dan sebati. 
  • Masukkan campuran kastard dan pukul perlahan sehingga sedikit pekat. 
  • Sejukkan seketika sebelum dihidang.

Untuk menghidang:
Potong puding mengikut kesukaan anda dan tuangkan sos kastard ke atasnya.Taburkan sedikit buah beri. Min kaffe kastard agar-agar puding sedia untuk dihidang.

Jika anda ingin menonton video Resepi Puding Kastard Agar-Agar dengan Min Kaffe ini boleh mainkan video di bawah. 


Jangan lupa dapatkan Min Kaffe sebagai pelengkap hidangan. 
Hanya sms/wa Zu 017-7712210

Selamat mencuba.

Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang