10 September, 2016

Resepi Tiramisu Min Kaffe

Resepi Tiramisu Min Kaffe














Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Hai-O Min Kaffe,1, paket
  • Air panas,1,cawan
  • Esen vanilla ,1,sdk
  • Telur kuning,3,biji
  • Gula kastor,1/4,cawan
  • Keju mascarpone,250,gm
  • Gula aising,1/4,cawan
  • Krim putar,175,ml
  • Biskut Italian ladyfingers,18-20,keping
  • Serbuk koko untuk hiasan
  • Bar coklat untuk hiasan

Untuk penyediaan :

  • Bancuh Min Kaffe dengan air panas di dalam mangkuk hingga larut. Kacau sebati dan biarkan sejuk.
  • Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Pukul telur kuning dan gula kastor di atasnya - menggunakan kaedah double boiler. Ketepikan dahulu.
  • Pukul krim putar, gula aising dan esen vanilla hingga menjadi “soft peak” – apabila adunan mula memekat tetapi tidak terlalu kental.
  • Di dalam mangkuk yang lain, campurkan keju mascarpone, bancuhan telur dan bancuhan krim putar. Kacau hingga rata.
  • Celup biskut Italian Ladyfingers ke dalam bancuhan Min Kaffe dan susun di dalam dulang pembakar. Tuangkan campuran keju dan ratakan menutupi semua biskut Italian Ladyfingers yang telah disusun. Sejukkan di dalam peti ais selama kira-kira 4 jam.
  • Hiaskan dengan kepingan coklat yang dihiris/diracik bersama-sama taburan serbuk coklat.
  • Min Kaffe Tiramisu sedia untuk dihidang.

Jika anda ingin menonton video Resepi Tiramisu Min Kaffe ini boleh mainkan video di bawah. 

Jangan lupa dapatkan Min Kaffe sebagai pelengkap hidangan. 
Hanya sms/wa Zu 017-7712210

Selamat mencuba.


Copyright by www.zuraida.com. Powered by Blogger.

© Min Kaffe Bio Seleza Marine Essence Johor, AllRightsReserved.

Designed by Nur Zuraida Buang